Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5282.
Dari Al-Qasim dari Adur Rahman dari Uqbah ibnu Amr berkisah: "Ketika aku menuntun kenderaan Rasulullah dalam suatu perjalanan, di tengah perjalanan beliau bersabda: "Apakah kamu ingin naik kenderaan ini, wahai Uqbah?" Aku tidak mahu, kerana aku khuwatir menyusahkan Rasulullah saw, bila aku mengenderai kenderaan beliau Beliau bersabda lagi: "Wahai Uqbah, apakah kamu ingin naik kenderaan ini?" Akhirnya aku khuwatir, kalau-kalau penolakanku pada tawaran beliau merupakan kedurhakaan; maka setelah beliau turun, aku segera naik kenderaan itu sebentar, kemudian aku turun, dan beliau menaikinya lagi. Setelah itu beliau bersabda: "Wahai Uqbah, sukakah kamu aku ajarkan dua surah dalam Al-Quran yang paling baik untuk dibaca oleh orang-orang ketika menunta perlindungan?" Lalu beliau membacakan padaku surah Al-Falaq dan An-Naas. Dan pada paginya, ketika solat subuh, beliau mengimami solat dengan membaca kedua surah itu. Setelah selesai solatnya beliau mendekatiku dan bertanya: "Wahai Uqbah ibnu Amir, bagaimana pendapatmu tentang kedua surah ini?" Bacalah dua surah ini ketika kamu hendak tidur dan sesudah kamu bangun."
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1638.
Dari shilah dari Zufar dari Hudzaifah katanya: "Aku pernah solat malam bersama Rasulullah saw. Ketika beliau memulakan bacaannya dengan surah Al-Baqarah, maka aku kira beliau akan rukuk pada ayat yang keseratus. Tetapi ketika beliau meneruskan bacaannya, maka aku kira beliau akan berhenti pada ayat yang keseratus. Tetapi ketika beliau meneruskan bacaannya, maka aku kira beliau akan rukuk pada akhir surah Al-Baqarah. Tetapi pada kenyataannya beliau meneruskan bacaannya dengan surah An-Nisa' dansurah Al-'Imran. Dalam solatnya itu beliau membaca ayat demi ayat dengan tartil dan penuh tadabbur. Jika sampai pada ayat tasbih, maka beliau bertasbih, jika sampai pada ayat yang membicarakan tentang rahmat, maka beliau memohon rahmat dan jika sampai pada ayat Azab, maka beliau memohon perlindungan pada Allah. Kemudian beliau rukuk sambil membaca: "Subhaana rabbiyal adziim". Lamanya rukuk beliau hampir serupa dengan lamanya ketika beliau berdiri, kemudian beliau bangkit dari rukuk seraya mengucapkan: "Samiallahu liman hamidah". Demikian pula dalam itidalnya itu, beliau berdiri seperti lamanya ketika beliau berdiri sewaktu membaca surah. Kemudian beliau sujud seraya membaca: "Subhaana rabbiyal a'ala". Demikian pula ketika beliau sujud, maka lama sujudnya hampir serupa dengan ketika beliau rukuk."
| |
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3056.
aksudnya :"Huraim bin Mis'ar menceritakan kepada kami, Fudhail memberitahukan kepada kami dari Laits dari Thawus, ia berkata :''Dua surah (Alif Laam Miim Tanzil dan Tabaarakal Ladzid Biyadihil Mulku) melebihi setiap surah, dari surah-surah Al Quran dengan tujuh puluh kebaikan.
|
| |
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0956.
Dari Sulaiman bin Yasar bahawa: "Rasulullah saw pernah berkata: "Belum pernah aku solat di belakang seseorang yang solatnya mirip dengan solat Rasulullah saw, kecuali ketika aku solat di belakang Umar Ibnu Abdul Azis". Kata Sulaiman: "Biasanya Umar bin Abdul Azis memanjangkan dua rakaat dari solat zuhurnya dan memperpendek dua rakaat yang kedua dari solat zuhurnya dan solat asarnya. Biasanya dia membaca surah-surah yang pendek dalam solat maghrib, membaca yang agak panjang dalam solat isyak. Dan pada solat subuh dia membaca surah-surah yang panjang."
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5273.
Dari Mu'adz ibnu Abdullah dari ayabnya berkata: "Pada suatu malam ketika hujan turun rintik-rintik dan keadaan gelap gulita, kami menunggu Rasulullah saw untuk solat bersama kami. Setelah Rasulullah saw datang untuk solat bersama kami, beliau bersabda: "Bacalah". Aku bertanya: "Apa yang aku baca." Sabda beliau: "Bacalah, surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas di waktu petang dan di waktu pagi sebanyak tiga kali, nescaya kamu akan tercukupi di dalam segala sesuatu."
| 163 |
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0437.
Dari 'Aisyah r.a. katanya Rasulullah sering membaca dalam rukuk dan sujudnya: "Subhanaka Allahumma rabbana wa bihamdika Allahummaghfirli " (Maha Suci Engkau wahai Allah Tuhan kami, dan Maha Terpuji Engkau wahai Allah, ampunilah aku). Beliau membaca doa itu kerana mengamalkan perintah dalam Al Quran (Surah An Nashr : 3)
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid .. Hadis Nombor 3549.
Mewartakan kepada kami Hamn bin Hayyan, mewartakan kepada kami Ibrahim bin Musa, memberitakan kepada kami 'Abdah bin Sulaiman, mewartakan kepada kami Abu Janab, dari 'Abdur-Rahman bin Abu Laila, dari ayahnya, dari Abu Laila dia berkata: Saya duduk di dekat Nabi saw. , tiba-tiba ada seorang Badui datang kepadanya, lalu berkata: "Sesungguhnya saya mempunyai saudara lelaki yang sakit". Nabi bertanya: "Apa sakit saudaramu itu?" Dia menjawab: "Dia agak gila". Lalu beliau berkata: "Pergilah-pulang-, lalu datanglah kamu kepadaku dengan membawa dia". Abu Laila berkata: Kemudian dia pergi, lalu datang dengan membawa saudaranya. Lalu Nabi mendudukannya di depan beliau. Maka saya mendengar beliau menjampinya dengan surat Al-Fatihah, 4 ayat pertama dari surat Al-Baqarah, 2 ayat di tengah surah Al-Baqarah, Wal ilhukum ilahun Wahid (2:163), ayat Kursiy (2: 255), 3 ayat terakhir surat AlBaqarah, satu ayat dan surat Ah 'Imran (Saya mengira beliau mengucapkan: Syahidallahu Annahu La Ilaha Ilia Huwa -QS. 3: 18--), satu ayat surat Al-A'raf: Inna RabbaRumulahi Alladzi Khalaqa (QS. 7:54), satu ayat dari surat Al-Mukminun, yaitu: Wa Man Yad'u Ma' allahi ilahan Akhar La Burhana Lahu Bihi (23:117), satu ayat dari surat Al-Jin, yaitu: Wa Annahu Ta'ala Jaddu Rabbsna Mattakhadza Shahiayat terakhir surat Al-Hasyr (QS 59:22- 24), Qui Huwallahu Ailad (QS.112) dan surat Al Mu'awwidzatain (yakni QS.113 dan 114). Kemudian orang Badui tadi berdiri, sembuh, tidak gila lagi. Daiam Az-Zawa-id: Dalani isnadnya ada Abu Janab Al-Kilabiy, dia itu daif. Namanya adalah Yahya bin Abu Hayyah. Al-Hakim, dalam kitab Al-Mustadraknya dari Janab. Dia berkata: Hadis ini mahfuzh, sahih.
|
|
|
|
|
|
0 comments